Mesin Fotokopi menyimpan data di dalam Pelayan Dokumen (Document Server)

Meningkatkan produktiviti, mengurangkan risiko kesilapan dan mengurangkan pembaziran yang berkaitan dengan dokumen yang sudah lapuk dan sudah dicetak.

Pengguna boleh menyimpan borang yang biasa digunakan dan fail yang sering diakses terus ke simpanan cakera keras mesin fotokopi di Pelayan Dokumen. Fail yang disimpan dapat diambil dengan cepat, dipratonton sebagai gambar kecil berwarna dan dicetak dengan segera berdasarkan permintaan. Hingga 200 folder berasingan dapat ditentukan sebagai Dikongsi (Shared) atau Peribadi (Personal), boleh dinamakan untuk memudahkan kerja pengaksesan dan boleh tetapkan kod laluan untuk tujuan keselamatan.

Pelayan Dokumen (Document Server) membolehkan anda menyimpan dokumen yang dibaca dengan ciri salinan pada cakera keras mesin ini. Oleh itu, anda boleh mencetaknya kemudian dengan syarat yang diperlukan. **Kerosakan mesin boleh mengakibatkan kehilangan data. Data penting yang disimpan di cakera keras harus disandarkan (Back-up). Pengilang tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan yang mungkin berlaku akibat kehilangan data**

Cara untuk Simpan ke Pelayan Document (Document Server)

1) Buka [Scanner]

2) Tekan [Store File]

3) Masukkan nama fail, nama pengguna, atau password jika perlu.

4) Tekan[OK]

5) Letak dokumen yang anda mahu masukkan dalam pelayan dokumen ke tempat pengimbas.

6) Setkan tetapan pengimbas (Scanning Settings) mengikut kesesuaian dokumen.

7) Tekan butang [Start]

**Simpan dokumen asal yang diimbas dalam memori dan membuat satu set salinan.**

 

-Untuk berhenti mengimbas, tekan [Clear / Stop]. Untuk menyambung semula, tekan [Continue] pada paparan. Untuk menghapus gambar yang diimbas dan membatalkan tugas, tekan [Stopi]. Kertas yang diletakkan di ADF akan dikeluarkan sejurus selepas itu.

-Semasa meletakkan dokumen pada kaca pengimbas, tekan [#] selepas semua dokumen habis diimbas.

-Data yang disimpan di Pelayan Dokumen (Document Server) ditetapkan akan dihapuskan automatik setelah tiga hari (72 jam) bagi tetapan dari kilang. Anda boleh menentukan tempoh di mana data yang disimpan dihapus secara automatik di bawah [Auto Delete File in Document Server] di [User Tools]. Untuk perincian tentang mengubah tetapan, lihat [System Settings], Panduan Pengaturan Umum.

-Untuk memeriksa sama ada dokumen telah disimpan, tekan [Document Server].

-Sekiranya anda ingin menyimpan dokumen lain dalam pelayan server (document server), lakukan setelah penyalinan (scanning) selesai.