Resolusi cetakan (Print Resolution) secara amnya merujuk kepada berapa terperinci gambar yang anda ingin cetak. Resolusi yang lebih tinggi bermaksud perincian yang lebih tinggi, dan dapat diukur dalam titik per inci (DPI – Dots per Inch).
Semakin banyak titik (dakwat) yang dicetak setiap inci, semakin tinggi resolusi gambar – oleh itu semakin tinggi kualitinya dari segi ketajaman dan perincian. Ketika mencetak, resolusi sangat penting, kerana gambar berkualiti tinggi kelihatan cantik dan profesional, sedangkan gambar dengan resolusi rendah kelihatan kabur, tidak jelas dan tidak profesional.
Sesetengah industri mementingkan resolusi cetak bagi mesin fotokopi terutamanya perniagaan cetak majalah, atau sticker semestinya mahukan resolusi paling tinggi & berkualiti. Walaubagaimanapun, harus diingat resolusi adalah berbeza untuk setiap fungsi print, fotokopi & juga scan pada satu-satu mesin fotostat.