Apa Itu 2-Sided / Duplex Printing?

Bagaimana Fungsi Duplex Printing Bantu Anda Untuk Lebih Jimat?

Okay dalam posting kita kali ini, kita nak kongsikan  tentang salah satu fungsi yang terdapat pada mesin fotostat multi fungsi (MFP) iaitu “Automatic Duplex Printing” atau percetakan dupleks automatik.

Tanpa membuang masa, jom layankan~

apa itu duplex printing?

 

Duplex printing adalah satu ciri yang terdapat pada mesin pencetak komputer atau mesin multifungsi. Fungsi auto-duplexing pula membolehkan anda mencetak sehelai kertas pada kedua-dua sisi depan & belakang secara automatik.

Kalau printer atau mesin anda tidak mempunyai fungsi duplex ini, anda hanya boleh mencetak pada satu sisi kertas sahaja. Ini dipanggil sebagai pencetakan satu sisi atau pencetakan simplex (simplex printing).

bila fungsi duplex printing ini dicipta?

Pencetak dupleks yang pertama telah dicipta pada tahun 1987 dan dipelopori oleh sekumpulan jurutera dari Jepun. Namun begitu, paten untuk teknologi baru ini kemudiannya pantas didaftar oleh syarikat Ricoh, yang terkenal sebagai pengeluar mesin pencetak yang sentiasa ingin merevolusikan industri percetakan supaya lebih cekap dan cepat.

Hari ini, pencetakan secara dupleks telah tersebar luas dalam industri percetakan. Buktinya, anda boleh lihat hampir kesemua pencetak jenis laser pada hari ini menggabungkan teknologi dupleks ini di dalam fungsinya.

Macam mana nak tahu kalau printer anda mempunyai fungsi duplex printing?

Mudah saja. Pergi ke dokumen yang anda ingin print.

Klik pada tab “File

Klik “Print

Dibawah “Setting”, klik pada menu “Print One Sided” dan lihat pada menu dropdown.

Jika terdapat menu “Print on Both Sides”, itu bermakna printer anda mempunyai fungsi untuk mencetak secara duplex.

Nota tambahan:

Kalau anda mencetak daripada mesin yang mempunyai kombinasi fungsi fotokopi & printer (seperti mesin multifungsi atau MFP), dan mesin fotokopi anda tu menyokong two-sided copying (fotokopi pada kedua-dua belah halaman kertas), besar kemungkinan ia boleh mencetak secara duplex.

Kalau anda mempunyai lebih dari 1 printer, kemungkinan ada printer yang menyokong duplex printing dan printer yang lain tidak. Pastikan anda memilih printer yang betul semasa anda mencetak dokumen anda.

Jadi bagaimana duplex printing ini berfungsi?

 

Untuk mencetak dokumen anda secara dupleks, pertama sekali anda harus memilih pilihan untuk mencetak ke atas kedua-dua belah kertas dalam kotak dialog “print” di komputer anda. Komputer anda akan menghantar signal kepada printer anda untuk membuat pencetakan di atas kedua belah halaman.

Printer anda akan mencetak pada sebelah halaman kertas dahulu, kemudian kertas akan dimasukkan semula ke dalam pencetak untuk mencetak sebelah halaman lagi mengikut urutan dan susunan yang betul. Proses ini dilakukan secara automatik.

Ada juga printer yang mempunyai fungsi dupleks tetapi bukan secara automatik. Kalau mesin begini, anda perlu memasukkan kertas ini semula secara manual. Printer yang datang dengan fungsi dupleks secara manual sebegini selalunya harganya lebih murah dan tidak sesuai untuk mencetak jumlah dokumen yang tinggi.

Dan sebenarnya, ada pelbagai cara anda boleh gunakan fungsi duplex ini untuk dapatkan hasil yang berbeza, mengikut keperluan anda.

Jadi apakah kelebihan dan manfaat teknologi dupleks ini?

 
 

Pertama, fungsi dupleks membantu anda untuk menjimatkan kos yang anda perlu keluarkan untuk membeli media cetak seperti stok kertas. Bagaimana? Jika fungsi simpleks hanya membenarkan anda untuk mencetak pada satu muka kertas sahaja dan satu muka lagi terbiar kosong, fungsi dupleks secara langsung memberi penjimatan sehingga 50% dengan membolehkan anda mencetak 2 halaman kertas pada 1 keping kertas yang sama.

Kedua, anda juga dapat menjimatkan kos elektrik. Percetakan dupleks ini adalah cara termudah untuk premis anda menjimatkan kos elektrik kerana ia dapat bekerja dengan lebih efisien. Mesin pencetak anda hanya perlu memproses satu keping kertas saja dalam satu masa untuk mencetak dua halaman. Dengan penjimatan ini, secara tidak langsung anda juga dapat membantu memelihara alam sekitar.

Ketiga, anda juga dapat jimat masa kerana kemampuan mencetak dua sisi secara automatik akan mengurangkan masa dan tenaga kerja manusia. Oleh itu, produktiviti kerja anda juga dapat ditingkatkan secara tidak langsung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *