kuala-langat-copier

Kuala Langat

Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar DiRaja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.

Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar. Jumlah penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil orang-orang asli.

Pada era 60an hingga akhir 80an, Kuala Langat juga terkenal dengan kesibukkan perlombongan bijih timahnya. Kawasan timur yang berjiran dengan daerah Sepang adalah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan hanya diteroka pada sekitar 60an menyaksikan banyak kapal korek bersaiz besar dan moden dibina disitu.

Pada masa ini terdapat sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Perdagangan Bebas di Telok Panglima Garang. Di sini terdapat kilang elektronik dan alat ganti kenderaan. Tanaman utama daerah ini adalah kelapa sawit. Teh juga turut ditanam di daerah Kuala Langat oleh Boh Plantations iaitu Sri Cheeding Boh Tea Plantation, sebuah ladang teh tanah rendah. Selain itu, terdapat juga kawasan yang menarik di sini seperti Bukit Jugra, pantai Morib dan beberapa perkampungan Homestay.

jugra-copier-selangor

Jugra

Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung kanchong...

Baca Selanjutnya
kelanang-copier-selangor

Kelanang

Kampung Kelanang merupakan sebuah kampung yang terletak di Banting, Selangor. Kampung ini merupakan sebuah kampung...

Baca Selanjutnya
morib-copier-selangor

Morib

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang...

Baca Selanjutnya
Buka Chat
1
Scan the code
Hello 👋
Anda boleh klik Buka Chat atau anda boleh mengimbas Kod QR untuk terus menghubungi kami daripada WhatsApp