kepong-copier-selangor

Kepong

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak, iaitu Taman Ehsan dan Taman Desa Jaya. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.