puchong-copier-selangor

Puchong

Puchong ialah satu kawasan yang berada di dalam lingkungan metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang. Pada asalnya kawasan Puchong yang dibahagikan mengikut urutan batuan bernombor merujuk kepada suatu kawasan yang sejajar dengan Jalan Puchong, iaitu sebatang jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur Jalan Klang Lama di utara dengan Daerah Sepang di selatan. Kini dari segi pentadbiran, Puchong telah terpecah kepada beberapa kawasan pentadbiran yang berbeza. Sebahagian kecil terangkum di bawah lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu kawasan batu 6 hingga ke Jalan Klang Lama yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sebahagian besar dalam Daerah Petaling, ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya manakala Puchong Selatan di bawah lingkungan Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain di Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sungai Besi.