Selayang
Selayang merupakan sebuah bandar yang terletak kira-kira 10 kilometer di utara ibu kota Kuala Lumpur dalam negeri Selangor, Malaysia. Luas kawasan Selayang ialah 549.33 km persegi, manakala jumlah pegangan pada Januari 2003 ialah 150,000.
Selayang merupakan sebuah bandar yang terletak kira-kira 10 kilometer di utara ibu kota Kuala Lumpur dalam negeri Selangor, Malaysia. Luas kawasan Selayang ialah 549.33 km persegi, manakala jumlah pegangan pada Januari 2003 ialah 150,000.
Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Putrajaya adalah sebuah bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.
Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.
Mukim Labu merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Sepang.
Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, dalam daerah Sepang, Selangor yang terletak antara Cyberjaya ke utara dan Salak Tinggi ke selatan. Aktiviti ekonomi di Dengkil semakin berkembang disebabkan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak berdekatan.
Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.
Tanjung Dua Belas adalah mukim dan kampung kecil di kawasan Kuala Langat, Selangor, Malaysia.
Kampung Kelanang merupakan sebuah kampung yang terletak di Banting, Selangor. Kampung ini merupakan sebuah kampung tradisi orang Melayu dan dipercayai telah dibuka kira-kira 100 tahun yang lalu.
Teluk Panglima Garang ialah sebuah bandar yang terletak di antara Banting & Klang, Selangor, Malaysia. Lokasinya ialah kira-kira 16 km di selatan Kelang/Klang dan 17 km di utara Banting.
Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung kanchong darat, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.