Sabak Bernam

bagan-nakhoda-omar-copier

Bagan Nakhoda Omar

Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pekan kecil dalam daerah Sabak Bernam, Selangor, Malaysia. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran pantai dan kampung nelayan. Merupakan destinasi istimewa bagi penggemar aktiviti memancing. Terdapat kemudahan chalet dan medan selera.

sungai-besar-copier

Sungai Besar

Pekan Sungai Besar terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam, di antara Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 km dari utara Kuala Lumpur. Pekan Sungai Besar merupakan pekan terbesar di daerah Sabak Bernam, Selangor.

Sekinchan

Sekinchan ialah sebuah pekan yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sekinchan merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang utama dan menonjol di Malaysia. Ia terletak dalam daerah Sabak Bernam, di pantai barat negeri Selangor arah utara dan dihubungkan dengan jalanraya utama Laluan Persekutuan 5 yang menghubungkannya antara pekan Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

Buka Chat
1
Scan the code
Hello 👋
Anda boleh klik Buka Chat atau anda boleh mengimbas Kod QR untuk terus menghubungi kami daripada WhatsApp