Sekinchan

Sekinchan ialah sebuah pekan yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sekinchan merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang utama dan menonjol di Malaysia. Ia terletak dalam daerah Sabak Bernam, di pantai barat negeri Selangor arah utara dan dihubungkan dengan jalanraya utama Laluan Persekutuan 5 yang menghubungkannya antara pekan Sabak Bernam dan Tanjung Karang.