Hulu Yam
Ulu Yam terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Ulu Yam terbahagi kepada dua iaitu Ulu Yam Lama dan Ulu Yam Baru. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Daerah Ulu Selangor.
Ulu Yam terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Ulu Yam terbahagi kepada dua iaitu Ulu Yam Lama dan Ulu Yam Baru. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Daerah Ulu Selangor.
Sungai Gumut merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor.
Hulu Bernam atau Ulu Bernam ialah sebuah mukim yang terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Ia dipisahkan dengan Tanjung Malim, Perak oleh Sungai Bernam. DUN Hulu Bernam terletak dalam kawasan parlimen Hulu Selangor.
Ijok ialah pekan estet dan mukim di daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Majlis Perbandaran Kuala Selangor ia terletak di sepanjang Laluan Persekutuan 54. Terletak kira-kira 60 km dari Petaling Jaya, Ijok merupakan tempat persinggahan popular bagi mereka yang menuju ke Kuala Selangor dan Teluk Intan mengikut jalan tepi laut. Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Pasangan, Kuala Selangor, Jeram, Tanjong Karang, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi. Simpang Tiga Ijok merupakan …
Jeram merupakan sebuah mukim di daerah Kuala Selangor, Selangor. Majlis Perbandaran Kuala Selangor Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Pasangan, Tanjong Karang, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi.
Batang Berjuntai” merupakan satu istilah dalam Bahasa Melayu (batang seperti ranting dan kayu yang tergantung). Kawasan ini pernah mempunyai landasan kereta api antara Batang Berjuntai dengan Batu Arang dan seterusnya pada ke laluan utama Landasan Kereta Api Melayu di Kuang. Laluan antara bandar dan Batu Arang telah dimusnahkan oleh askar Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua dan tidak pernah dibina semula.
Ulu Tinggi merupakan sebuah mukim di daerah Kuala Selangor, Selangor. Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Tanjong Karang, Ujong Permatang, dan Pasangan.
Tanjung Karang atau kadang-kadang juga dieja Tanjong Karang adalah sebuah mukim, pekan dan kawasan penanaman padi yang terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Melalui satu rancangan yang bersistematik, tanaman padi disini telah dimulakan pada tahun 1936.
Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pekan kecil dalam daerah Sabak Bernam, Selangor, Malaysia. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran pantai dan kampung nelayan. Merupakan destinasi istimewa bagi penggemar aktiviti memancing. Terdapat kemudahan chalet dan medan selera.
Pekan Sungai Besar terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam, di antara Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 km dari utara Kuala Lumpur. Pekan Sungai Besar merupakan pekan terbesar di daerah Sabak Bernam, Selangor.