TTDI
Taman Tun Dr. Ismail (atau TTDI) ialah sebuah kawasan perbandaran utama yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia berhampiran dengan sempadan Selangor, iaitu berhampiran Bandar Utama, Damansara Utama dan Mutiara Damansara (kawasan subbandar terbangun di Petaling Jaya, Selangor). Taman Tun Dr. Ismail juga bersebelahan dengan Bukit Kiara dan Sri Hartamas dan juga dekat sekali dengan Bangsar dan Damansara Heights. Perbandaran ini terletak dalam lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinaungi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Taman Tun Dr. …