TTDI

Taman Tun Dr. Ismail (atau TTDI) ialah sebuah kawasan perbandaran utama yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia berhampiran dengan sempadan Selangor, iaitu berhampiran Bandar Utama, Damansara Utama dan Mutiara Damansara (kawasan subbandar terbangun di Petaling Jaya, Selangor). Taman Tun Dr. Ismail juga bersebelahan dengan Bukit Kiara dan Sri Hartamas dan juga dekat sekali dengan Bangsar dan Damansara Heights. Perbandaran ini terletak dalam lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinaungi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Taman Tun Dr. Ismail banyak diduduki oleh golongan menengah atas dan juga menikmati pembangunan komersil.

Buka Chat
1
Scan the code
Hello 👋
Anda boleh klik Buka Chat atau anda boleh mengimbas Kod QR untuk terus menghubungi kami daripada WhatsApp