mesin salin

Dengkil

Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, dalam daerah Sepang, Selangor yang terletak antara Cyberjaya ke utara dan Salak Tinggi ke selatan. Aktiviti ekonomi di Dengkil semakin berkembang disebabkan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak berdekatan.

Morib

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Kelanang

Kampung Kelanang merupakan sebuah kampung yang terletak di Banting, Selangor. Kampung ini merupakan sebuah kampung tradisi orang Melayu dan dipercayai telah dibuka kira-kira 100 tahun yang lalu.

Jugra

Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung kanchong darat, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.

Beranang

Mukim Beranang terletak di daerah Hulu Langat, negeri Selangor. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di utaranya ialah Semenyih dan di selatannya ialah Mantin, Negeri Sembilan. Beranang terbahagi kepada dua iaitu Pekan Beranang terletak dalam negeri Selangor. Sementara Ulu Beranang terletak dalam Negeri Sembilan.

Semenyih

Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.

Kajang

Kajang  ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Mukim ini berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang. Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan dengan pusat pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru …

Kajang Read More »

Ampang

Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. 

Buka Chat
1
Scan the code
Hello 👋
Anda boleh klik Buka Chat atau anda boleh mengimbas Kod QR untuk terus menghubungi kami daripada WhatsApp