penyalin

Wangsa Maju

Wangsa Maju ialah sebuah perbandaran utama yang terletak di utara timur Kuala Lumpur, Malaysia, dikelilingi oleh Setapak.Wangsa Maju terdiri dari Seksyen 1,2,4,5,6 dan 10.Ekonomi di Bandar Wangsa Maju ini kebanyakkannya perniagaan.Ini dapat dilihat dengan wujudnya pusat membeli-belah,gerai dan tapak pasar malam.Di Wangsa Maju terdapat beberapa buah stesen minyak ESSO ,SHELL, PETRONAS, satu bangunan 7 tingkat Institut Terjemahan dan Buku …

Wangsa Maju Read More »

Kepong

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak, iaitu Taman Ehsan dan Taman Desa Jaya. Jalan raya utama ke Kepong …

Kepong Read More »

Batu Caves

Batu Caves merupakan bukit batu kapur, yang mempunyai satu siri gua dan kuil gua, di Daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Bukit dan gua di tempat ini mengandungi banyak jenis flora dan fauna termasuk haiwan terancam seperti labah-labah pintu perangkap. Gua utama di Batu Caves adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa …

Batu Caves Read More »

Selayang

Selayang merupakan sebuah bandar yang terletak kira-kira 10 kilometer di utara ibu kota Kuala Lumpur dalam negeri Selangor, Malaysia. Luas kawasan Selayang ialah 549.33 km persegi, manakala jumlah pegangan pada Januari 2003 ialah 150,000.

Putrajaya

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Putrajaya adalah sebuah bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Cyberjaya

Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.

Labu

Mukim Labu merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Sepang.

Dengkil

Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, dalam daerah Sepang, Selangor yang terletak antara Cyberjaya ke utara dan Salak Tinggi ke selatan. Aktiviti ekonomi di Dengkil semakin berkembang disebabkan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak berdekatan.

Morib

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Buka Chat
1
Scan the code
Hello 👋
Anda boleh klik Buka Chat atau anda boleh mengimbas Kod QR untuk terus menghubungi kami daripada WhatsApp