penyalin

Batang Berjuntai

Batang Berjuntai” merupakan satu istilah dalam Bahasa Melayu (batang seperti ranting dan kayu yang tergantung). Kawasan ini pernah mempunyai landasan kereta api antara Batang Berjuntai dengan Batu Arang dan seterusnya pada ke laluan utama Landasan Kereta Api Melayu di Kuang. Laluan antara bandar dan Batu Arang telah dimusnahkan oleh askar Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua dan tidak pernah dibina semula.

Hulu Tinggi

Ulu Tinggi merupakan sebuah mukim di daerah Kuala Selangor, Selangor. Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Tanjong Karang, Ujong Permatang, dan Pasangan.

Tanjung Karang

Tanjung Karang atau kadang-kadang juga dieja Tanjong Karang adalah sebuah mukim, pekan dan kawasan penanaman padi yang terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Melalui satu rancangan yang bersistematik, tanaman padi disini telah dimulakan pada tahun 1936.

Bagan Nakhoda Omar

Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pekan kecil dalam daerah Sabak Bernam, Selangor, Malaysia. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran pantai dan kampung nelayan. Merupakan destinasi istimewa bagi penggemar aktiviti memancing. Terdapat kemudahan chalet dan medan selera.

Sungai Besar

Pekan Sungai Besar terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam, di antara Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 km dari utara Kuala Lumpur. Pekan Sungai Besar merupakan pekan terbesar di daerah Sabak Bernam, Selangor.

Sekinchan

Sekinchan ialah sebuah pekan yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sekinchan merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang utama dan menonjol di Malaysia. Ia terletak dalam daerah Sabak Bernam, di pantai barat negeri Selangor arah utara dan dihubungkan dengan jalanraya utama Laluan Persekutuan 5 yang menghubungkannya antara pekan Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur (KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt2), diduduki 1.796 juta orang mengikut banci tahun 2018. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan …

Kuala Lumpur Read More »

Hulu Langat

Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia merupakan daerah ke-5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan :- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah barat laut; Daerah Petaling di sebelah barat; Daerah Sepang di sebelah barat daya; Negeri Pahang di sebelah timur laut; Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur. …

Hulu Langat Read More »

Sepang

Sepang ialah sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Selangor, Malaysia. Pada asalnya Sepang cumalah sebuah daerah terpencil yang jarang disinggahi. Tetapi kini, daerah Sepang paling dikenali sebagai tempat tuan rumah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang terkenal di seluruh dunia sebagai tapak perlumbaan kereta berprestij Formula Satu dan sebagai tapak lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dengkil Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, …

Sepang Read More »

Buka Chat
1
Scan the code
Hello 👋
Anda boleh klik Buka Chat atau anda boleh mengimbas Kod QR untuk terus menghubungi kami daripada WhatsApp