Kuala Lumpur

Kuala Lumpur (KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt2), diduduki 1.796 juta orang mengikut banci tahun 2018. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.

Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999. Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat. Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).

 

Selayang

Selayang merupakan sebuah bandar yang terletak kira-kira 10 kilometer di utara ibu kota Kuala Lumpur dalam negeri Selangor, Malaysia....

Baca Selanjutnya

Kepong

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km...

Baca Selanjutnya

Setiawangsa

Setiawangsa merupakan salah satu daerah dan kawasan parlimen di Kuala Lumpur. Taman Setiawangsa merupakan...

Baca Selanjutnya

TTDI

Taman Tun Dr. Ismail (atau TTDI) ialah sebuah kawasan perbandaran utama yang...

Baca Selanjutnya

Ampang

Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang...

Baca Selanjutnya

Cheras

Cheras merupakan sebuah pinggir bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bandar ini terletak...

Baca Selanjutnya
Buka Chat
1
Scan the code
Hello 👋
Anda boleh klik Buka Chat atau anda boleh mengimbas Kod QR untuk terus menghubungi kami daripada WhatsApp