Petaling

Petaling merupakan satu daerah yang termaju di Negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daerah Petaling dipecahkan kepada 3 jajahan perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), Subang Jaya (ibu daerah), Puchong, Seri Kembangan, Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh.

Antara Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di daerah Petaling ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, kampus Petaling Jaya), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR, kampus Petaling), Universiti Putra Malaysia (UPM, Serdang), Universiti Teknologi Mara (UiTM, Shah Alam).

Daerah ini juga mempunyai sebuah lapangan terbang awam, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Damansara

Damansara adalah satu daripada 36 mukim daerah Petaling dalam negeri Selangor, Malaysia. Tempat ini dinamakan...

Baca Selanjutnya

Puchong

Puchong ialah satu kawasan yang berada di dalam lingkungan metropolitan Kuala Lumpur-Lembah...

Baca Selanjutnya
Buka Chat
1
Scan the code
Hello 👋
Anda boleh klik Buka Chat atau anda boleh mengimbas Kod QR untuk terus menghubungi kami daripada WhatsApp