Kawasan Perkhidmatan

Bagan Nakhoda Omar

Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pekan kecil dalam daerah Sabak Bernam, Selangor, Malaysia. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran pantai dan kampung nelayan. Merupakan destinasi istimewa bagi penggemar aktiviti memancing. Terdapat kemudahan chalet dan medan selera.

Sungai Besar

Pekan Sungai Besar terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam, di antara Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 km dari utara Kuala Lumpur. Pekan Sungai Besar merupakan pekan terbesar di daerah Sabak Bernam, Selangor.

Sekinchan

Sekinchan ialah sebuah pekan yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sekinchan merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang utama dan menonjol di Malaysia. Ia terletak dalam daerah Sabak Bernam, di pantai barat negeri Selangor arah utara dan dihubungkan dengan jalanraya utama Laluan Persekutuan 5 yang menghubungkannya antara pekan Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur (KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt2), diduduki 1.796 juta orang mengikut banci tahun 2018. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan …

Kuala Lumpur Read More »

Hulu Langat

Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia merupakan daerah ke-5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan :- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah barat laut; Daerah Petaling di sebelah barat; Daerah Sepang di sebelah barat daya; Negeri Pahang di sebelah timur laut; Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur. …

Hulu Langat Read More »

Sepang

Sepang ialah sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Selangor, Malaysia. Pada asalnya Sepang cumalah sebuah daerah terpencil yang jarang disinggahi. Tetapi kini, daerah Sepang paling dikenali sebagai tempat tuan rumah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang terkenal di seluruh dunia sebagai tapak perlumbaan kereta berprestij Formula Satu dan sebagai tapak lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dengkil Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, …

Sepang Read More »

Kuala Langat

Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat …

Kuala Langat Read More »

Klang

Klang dahulunya dikenali sebagai Kelang) merupakan Bandar DiRaja, bandar terbesar Selangor, bandar sekolah menengah persendirian dan sebuah daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor. Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di sebelah selatan …

Klang Read More »

Petaling

Petaling merupakan satu daerah yang termaju di Negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daerah Petaling dipecahkan kepada 3 jajahan perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), Subang Jaya (ibu daerah), Puchong, Seri Kembangan, Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh. Antara Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di daerah …

Petaling Read More »

Buka Chat
1
Scan the code
Hello 👋
Anda boleh klik Buka Chat atau anda boleh mengimbas Kod QR untuk terus menghubungi kami daripada WhatsApp